Thursday, June 26, 2008

mengenai kunjungan kali ini

telah ditolak ketepi segala resah
dikali ini di ini hari
tak termampu aku ntuk terus melayan kamu
terlalu aku sibuk di kali ini,di kunjungan ntah berapa kali
...dirasuk semangat juang,di kaca tv yang baru tadi
terjatuh yang besar pun jauh kedalam...tenggelam
yang berterbangan di kepala lagi...juga terpaksa merebah jatuh
...mengenai kunjungan di kali ini,entah apa logika nak ku beri padanya
mungkin tiada,
mungkin tiada, mungkin tiada pada apa apa


NYALA

Wednesday, June 25, 2008

paku pepayung disimbah hujan

lewat terlewat
lagi dan lagi titis titis jatuh
lagi lagi dan lagi titis titis hujan ini
selamat ia tiba di puncak badani
basah
di liputi rasa hingga ke kemuncak dingin
ingin
mengingini agar titis titis itu
bersatu menerjah kelangit tinggi
jangan di sangka aku menangis
tiada pernah kerananya kamu


NYALA

Monday, June 23, 2008

masih terus ku cuba

sekian kalinya masih ku cuba
sehingga ke pengakhir hitung
tiada pernah ku kenal penghujung
bagi sekian kalinya
terlupa akan apa itu letih jejari ini
yang ku kejar
dah mula pantas menari
yang dari tadi dah mula pandai berlari
jauh
jauh
jauh
di penghujung rindu
kau tinggalkan aku


NYALA

Saturday, June 21, 2008

saksikan dia yang inilah mula pertama

sekali lagi...
cuba kubawa berlumba...kemula pada satu yang menuju ujung
dah penat berdegup... jantung berbunyi
dah lelah,menyelak peluang diantara ruang
bagai mengeluh karya tak sudah
lagi sekali...jauhnya bunyi sepoi sepoi bahasa sang bayu berlagu
dalamnya isi bait bait dan kata kata
yang tergores padanya
beribu alasan selepas habis sarapan pagi
sampai kepenghujung malam yang panjang
bulan penuh,bulan penuh...pada siapa kamu bercermin?
bulan penuh:"indahnya aku...indahnya aku"
selalu mereka suka bertanya
pada yang suka pada mereka
selalunya kan begitu...dan dah begitukan selalu
sekali lagi.

NYALA